Teka teki yang bermain difikiran peminat Neymar akhirya berakhir apabila Neymar bersetuju untuk menandatangani kontrak selama 5 tahun dengan pasukan Barcelona pada musim baru La Liga akan datang. Neymar akhhirnya meninggalkan Kelab Santos setelah bermain selama 9 tahun di Santos, kelab yang pernah diwakili oleh Pele. Perlawanan terakhir Neymar menentang Flamengo yang berkesudahan 0-0 dimana ia adalah perlawanan pembukaan Liga Brazil.
Pemain berbakat besar Brazil yang berumur 21 tahun itu, menjadi rebutan kelab-kelab kaya di Eropah seperti Chelsea, Real Madrid, Manchester City dan Barcelona sendiri.
Peminat Barcelona pastinya tertunggu-tunggu gandingan mantap antara Messi dan Neymar 2 penyerang hebat yang datang dari kuasa bolasepak Amerika Latin iaitu Argentina dan Brazil. Untuk rekod Messi pernah bertembung dengan Santos dalam perlawanan akhir Piala Kelab Dunia apabila Barcelona menentang Santos.
Dengan perpindahan Neymar sebagai penyerang baru Barcelona, pastinya pengurusan Barcelona akan menjual salah seorang daripada penyerang yang dimiliki musim ini bagi memberikan tempat kepada Neymar
PROFAIL / BIODATA NEYMAR
NAMA SEBENAR: Neymar da Silva Santos Junior
ASAL: Sao Paolo, Brazil
LAHIR : 5 februari 1992
UMUR: 21 tahun
POSISI: Penyerang
KELAB: Santos, BRAZIL 2003-2013 / Barcelona (SEPANYOL) Mei 2013
Adakah gandingan Messi- Neymar akan menjadikan Barcelona juara treble musim yang akan datang.. Sama- sama kita nantikan...
Pengarang: Sam - 29/5/2013